Pagi ini dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, ahli panel iaitu Ustaz Hanafiah Abdul Malek membincangkan berkenaan topik Cabaran suami soleh.
Siapa itu suami soleh?
Definisi suami soleh = ialah suami yang mengerjakan amalan wajib sambil menghidupkan perkara sunnah
~ Solat = ajak isteri solat berjemaah, ajak isteri dan anak-anak solat di masjid, kejut isteri @ anak-anak untuk solat.
~ Cabaran susah nak jadi suami soleh:
1) Tak cukup ilmu
- ilmu agama perlu dididik dari awal lagi.
- cari ilmu, top up ilmu. Kunci paling utama suami kena berilmu, untuk didik isteri, untuk memimpin rumah tangga.
- Bila ada ilmu, amalkan, jangan hanya berilmu tapi tidak beramal..rugi
2) Godaan dari luar
-Iman tak kuat
-Sunnah kahwin empat, tapi ramai yang lupa kahwin 1 pun sunnah. Nabi S.A.W berkahwin dengan Siti Khadijah seorang sahaja sewaktu hidupnya, tidak dimadukan sehingga Siti Khadijah meninggal dunia. Jangan nak ikut sunnah tapi lupakan sirah, jadi kena tahu sunnah dan sirah.
**Apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang isteri, niatkanlah di dalam hati itulah bidadari syurganya.**
-Ramai perempuan cantik di luar sana. Isteri kena berhias untuk suami, jika keluar rumah, pergi kenduri bercantik-cantik,untuk suami kena lebih-lebih cantik lagi.
3) Hutang banyak, duit tak banyak
-suami akan rasa inferior bila tiada duit
-Jadilah isteri seperti Siti Khadijah bilamana berkata kepada Nabi S.A.W (sewaktu menghampiri ajalnya): "Wahai rasul utusan aLLAH, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, amka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."
-Isteri janganlah terlalu berkira, redhalah dengan apa yang diberi oleh suami, saling bantu membantu dari segi kewangan.
-amalkan solat sunat dhuha, jika tak mampu setiap hari, jangan ditinggalkan membaca doa dhuha (suami dan isteri masing2 kena almalkan).
4) Kisah cinta lama berputik kembali sedangkan kedua-duanya sudah berumahtangga
-elakkan, balik rumah layan isteri. Berbual-bual dengan isteri, jangan asyik dengan telefon, dunia luar.
-lupakan kisah silam, jangan mulakan fokus pada rumahtangga sendiri, baiki dan kukuhkan institusi rumahtangga sendiri.
...bersambung ke bahagian 2..
Muhasabah bersama, jika tak dapat amalkan semua, jangan ditinggalkan semua. Jom berusaha untuk jadi suami isteri soleh solehah..
0 Ulasan