1 RUMAH 1 TABUNG

 Paksa diri untuk menabung.

Boleh bermula dari RM1 hari pertama,

RM2 hari ke 2

RM3 hari ke 3

RM4 hari ke 4

RM5 hari ke 5

Dan seterusnya sehinggalah kita rasa dah capai batas minima yang kita boleh menabung.

Contoh : batas minima saya RM10 sehari, so paksa diri maintainkan RM10 sehari. JANGAN KURANG daripada amaount minima.

Dan TABUNG itu pastikan ia ADA NAMA.

Contoh pernah saya buat:

+ Tabung Nikah

+ Tabung Umrah

+ Tabung Baby

Dan setiap tabung ada tempoh sebelum ia dipecahkan.

Saya pecahkan tabung nikah yang saya mulakan sejak saya study dulu sehinggalah seminggu sebelum saya bernikah. Hasilnya ada 5k+++ dalam tu.

*tak adalah mak mertua kata aku ni sengkek sangat sebab baru habis study time tu. haha

Hari ini,

Saya pecahkan TABUNG BABY, bermula sejak saya tahu isteri saya mengandung sehinggalah masa untuk dia persiapkan barangan baby yang bakal dilahirkan (Insya Allah). Dan dan dan hasilnya,

In Sya Allah cukup untuk beli baju baby dan keperluan si isteri saya.

Ada 4 angka juga.

Tempoh simpanan 8 bulan.

jadi kepada kawan-kawan jangan merungut dan beralasan asyik tak cukup duit. Sebenarnya bukan tak cukup duit tapi kita yang tak cukup bersedia.

p/s : nak kena pi giant beli tabung baru. Ada misi EUROPE TRIP pula next year. Cukup duit tabung kita pi. Doakan.

Sumber : Mohd Faiz (fb)

Catat Komen

0 Ulasan