Keahlian Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (Koppim)

KoPPIM Beri Manfaat Besar

Apa khabar semua? Sudahkah anda semua mendaftar sebagai ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) yang akan membentuk satu sistem ekonomi baharu bagi membantu golongan Muslim?

Jika belum, bolehlah berbuat demikian kerana anda bakal menikmati pelbagai manfaat selain menjadi sebahagian daripada pejuang dalam menerajui dan juga merealisasikan pembangunan ekonomi Muslim.

Realiti ketika ini, setelah 62 tahun merdeka orang kita masih jauh ketinggalan dari sudut ekonomi dan dalam masa sama kira-kira 72 peratus orang kita tidak memiliki aset kewangan malah, lebih 50 peratus memiliki kurang RM600 dalam ASB.

Jangan terkejut jika dinyatakan lebih 50 peratus anak-anak Melayu dari keluarga golongan berpendapatan rendah B40 berhenti sekolah selepas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan lebih 50 peratus pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000.

Sekarang terdapat ribuan pasar raya dan koperasi milik Muslim, ribuan individu berpengaruh Muslim yang dihormati di sekeliling kita dan ribuan jutawan muslim tetapi, tidak diberikan ruang untuk menyumbang buat ummah dalam skala global.

Lebih jelas apa yang boleh dikatakan ialah belum ada gerakan untuk mengubah ekonomi Muslim secara menyeluruh dan kini, usaha ke arah itu sedang digerakkan melalui penubuhan KoPPIM yang memberi manfaat kepada golongan Muslim.

Bagi yang kurang jelas, mungkin tertanya-tanya apa manfaat menyertai KoPPIM, antara manfaatnya ialah pemegang syer akan menikmati dividen tahunan antara lapan hingga 15 peratus selain menjadi pelabur strategik di dalam ‘supply chain development’.

DAFTAR DI SINI

Apa yang diusahakan oleh KoPPIM ini jelas menunjukkan mereka sedang membina ekosistem baharu ekonomi Islam melalui pergerakan besar-besaran dan sehingga kini difahamkan lebih 8,000 ahli telah mendaftarkan diri dengan pembelian syer yang ditetapkan.

Mungkin ada muncul dibenak pemikiran, bagaimana KoPPIM membayar dividen?. Untuk pengetahuan semua, dana koperasi itu dilaburkan ke beberapa proek berimpak tinggi terpilih, ia dilakukan bagi memberi manfaat kepada ahli secara khusus dan komuniti Muslim secara umumnya.

Projek berimpak tinggi yang dimaksudkan itu ialah 100 peratus milik Muslim, antara projek berkenaan ialah Raudhah Grocer, Malakat Mall, Muslim Distribution Center, Raudhah Pay, Hayib.com dan Raudhah City. Ketika ini kesemua projek itu sedang rancak dikembangkan.



Syarat untuk menjadi ahli KoPPIM sangat mudah iaitu terbuka kepada pengguna beragama Islam di Malaysia, warganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas dan bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi ini.

Selain itu, syaratnya juga ialah bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau tidak pernah dibuang daripada mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Dalam masa sama, syaratnya juga ialah tidak hilang upaya dari segi mental dan bukan seorang yang telah menjadi anggota kepada tiga koperasi lain.

Bayaran untuk menjadi ahli pula ialah seperti berikut, bayaran fi pendaftaran sebanyak RM30 seumur hidup, bayaran atau carunan penuh RM500 untuk satu unit syer atau bayaran ansuran pertama syer anggota minima RM100 sebulan.

DAFTAR DI SINI

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Operasi KoPPIM, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil menyasarkan untuk menyediakan peluang kepada sejuta ahli KoPPIM untuk mencapai pendapatan RM10,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh itu, disasarkan 100,000 usahawan mencapai nilai aset bersih RM10 juta melalui projek berimpak tinggi dengan penubuhan 100 Malakat Mall, 5,000 Raudhah Grocer dan 100 Raudhah City.

Lebih menarik, gerakan KoPPIM mendapat sokongan beberapa tokoh Muslim antaranya Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya; bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan ramai lagi.

Ayuh bersama Coach Fadzil dan KoPPIM bersama membina ekosistem ekonomi Islam yang baharu, sebarkan dan ajak kawan-kawan untuk bersama dalam perjuangan ini. Untuk mendaftar, boleh klik link di bawah :

DAFTAR DI SINI


Catat Komen

0 Ulasan