Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Gempa Bumi Sabah 21 Disember 2015

Berita terkini gegaran gempa bumi di Tawau, Sabah pada 21 Disember 2015. Lebih kurang pada jam 2.50 pagi Isnin, telah berlaku gegaran kuat yang melanda sekitar Tawau, Sabah. Gegaran itu dipercayai berlaku dalam 5 hingga 10 saat dan turut dirasai oleh ramai penduduk terutama di Tawau, Sabah. Difahamkan telah berlaku gempa bumi bermagnitud 6.1 skala ritcher yang berpusat di Tarakan, Kalimantan Timur Indonesia. Kesan gegaran turut dirasai sekitar daerah Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.







Jabatan Meteorlogi Malaysia dalam laman web rasminya turut mengesahkan perkara tersebut. Jika dilihat senarai gempa bumi, sepanjang bulan Disember 2015 ini, terdapat beberapa rekod juga dicatatkan untuk kejadian gempa bumi. Kebanyakannya berlaku di Sabah, namun kelihatan juga rekod pada 7 Disember dan 11 Disember berlaku gempa di kawasan Perlis dan Johor. 

Hasbunallah wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'man nasir (Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung). Admin doakan semoga semuanya (penduduk sekitar Sabah) baik-baik sahaja, dipermudahkan urusan dan dijaga keselamatan. Sama-sama juga kita perbanyakkan istighfar memohon keampunan daripada Allah atas segala kejadian yang telah berlaku. 




Salah satu gambar kiriman whatsapp daripada rakan admin yang juga menetap di Sabah. Gambaran gegaran kuat yang berlaku hari ini. Pinggan kaca yang pecah bertaburan di lantai rumah salah seorang penduduk di sana. Allahu..


Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan