Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Pertanyaan Lazim (FAQ)

Pertanyaan Lazim (FAQ) tentang Terma dan Syarat Pembelian

SOALAN
Bagaimana jika saya ingin membuat pembelian?

JAWAPAN :
Untuk membuat pembelian :-
1. Pilih produk yang ingin dibeli. 
*Jika produk pre-order, pastikan masih dalam tempoh yang dinyatakan.
**Jika produk ready stock, pastikan design, warna dan saiz masih ada stok.
2. Maklumkan pilihan anda ke salah satu medium yang kami gunakan (fb page, whatsapp +6019-2735350, email inquiry@bajusedondon.com dan lain-lain). Tunggu sehingga pertanyaan anda mendapat maklumbalas daripada admin (tertakluk kepada waktu operasi bajusedondon.com).
3. Setelah menerima pengesahan, anda akan diberikan maklumat untuk bayaran. 
4. Kos penghantaran adalah berbeza bergantung kepada produk. Pihak bajusedondon akan menyatakan kos penghantaran mengikut produk yang dipilih oleh pelanggan.
5. Pastikan anda telah mengukur saiz dengan tepat berdasarkan carta saiz yang diberi dan membaca semua perkara di halaman "Pertanyaan Lazim (FAQ)" ini sebelum membuat pembayaran.
6. Kesemua pesanan akan diproses mengikut saiz permintaan pelanggan. Sebarang masalah berbangkit dengan penukaran saiz sebelum penghantaran dibuat, sila rujuk pihak admin bajusedondon.com.
7. Setelah bayaran anda disahkan, berikan maklumat untuk proses penghantaran :
          Nama :
          Alamat :
          No telefon :
          Email :
Nota : Pastikan alamat yang diberi ialah alamat yang lengkap dan tepat untuk memudahkan urusan penghantaran.
8. Nombor tracking akan diberikan kepada anda dalam tempoh 1-3 hari bekerja melalui medium asal yang digunakan sewaktu melakukan proses pembelian (whatsapp, fb page, email dan lain-lain) setelah proses tempahan dan bayaran disahkan.
9. Untuk belian produk pre-order, nombor tracking hanya akan diberikan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak bajusedondon.com semasa urusan pembelian.

SOALAN
Kaedah pembayaran yang disediakan?

JAWAPAN :
Bajusedondon.com menyediakan kemudahan pelbagai Kaedah Pembayaran seperti berikut:-
1. Invois / Cek / Cash Deposit / Online Bank Transfer
Melalui salah satu dari pilihan akaun berikut:
         a) Maybank Berhad
             Nombor Akaun : 156057369906
             Nama : Nor Rashidah binti Abd. Hamid
         b) CIMB 
             Nombor Akaun : 7712012174
             Nama : Nor Rashidah binti Abd. Hamid
Selepas bayaran dibuat, hantarkan maklumat bukti pembayaran:
          Nama bank :
          Tarikh bayaran :
          Masa bayaran :
          No Rujukan Bank / Pembayaran :
          Jumlah bayaran :
Maklumat di atas boleh dihantar melalui salah satu cara di bawah :
         a) Whastapp ke nombor +6019-273 5350
         b) PM di facebook page di fb.bajusedondon.com
         c) Scan dan dihantar melalui email ke payment@bajusedondon.com

2. Kad Kredit / PayPal
Untuk pembelian secara kad kredit / PayPal, pelanggan bajusedondon.com mestilah mengikuti terma dan syarat di bawah:
a) Pembelian mestilah berjumlah RM100 dan ke atas.
b) Cas servis (4.4% + RM2) akan dikenakan mengikut harga yang akan dibayar oleh pelanggan.
c) Contoh pengiraan :
    Jumlah harga baju = RM100
    Jumlah akhir yang perlu dibayar melalui PayPal ialah RM106.69
    Jumlah cas servis PayPal = (4.4% x 106.69) + RM2 = RM6.69
d) Berikan email yang aktif untuk pihak bajusedondon.com menghantarkan invois elektronik pembayaran.
e) Buat pembayaran setelah menerima invois daripada pihak kami.

Nota Penting :
i. Produk yang dibeli tidak akan diproses untuk penghantaran selagi maklumat pembayaran dan alamat penghantaran tidak diterima oleh pihak kami.
ii. Sekiranya tiada pembayaran dibuat dalam tempoh 24-48 jam setelah maklumat tempahan dan cara pembayaran/akaun bank diberi, tempahan akan terbatal secara automatik. Jika ingin meneruskan pembelian, anda perlu melalui proses pembelian dari awal semula.
iii. Pihak bajusedondon.com berhak membatalkan tempahan/pembelian anda sekiranya didapati melanggar salah satu atau semua perkara yang dinyatakan di halaman ini.

SOALAN :
Bolehkah saya membatalkan pembelian yang telah dibuat?

JAWAPAN :
Jika pembayaran telah dibuat dan disahkan oleh pihak bajusedondon.com, maka pembelian tidak boleh dibatalkan. 

SOALAN :
Proses pembelian di bajusedondon.com menggunakan transaksi matawang apa?

JAWAPAN :
Kesemua transaksi untuk pembelian hanya dilakukan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. Untuk pelanggan luar negara Malaysia dan pelanggan yang menggunakan kemudahan kad kredit / PayPal, bayaran boleh dibuat mengikut matawang negara masing-masing kerana matawang akan ditukarkan oleh sistem PayPal secara automatik.

SOALAN :
Berapa lamakah masa yang diambil untuk penghantaran?

JAWAPAN :
Proses penghantaran kepada pihak kurier (Pos Laju, atau lain-lain perkhidmatan kurier) akan mengambil masa sekitar 1-3 hari bekerja setelah bayaran diterima dan disahkan. Namun perlu diambil perhatian, tempoh masa untuk parcel sampai dan diterima oleh pelanggan adalah di luar bidang kuasa pihak kami kerana ia bergantung sepenuhnya kepada pihak kurier. Pelanggan digalakkan untuk menyemak nombor tracking yang diberi dari semasa ke semasa untuk mengetahui status penghantaran terkini daripada pihak kurier. Pihak bajusedondon.com TIDAK akan bertanggungjawab bagi isu dan masalah melibatkan perkhidmatan kurier seperti berikut: 
a. nombor tracking tidak tersenarai didalam sistem.
b. nombor tracking tidak atau lambat dikemaskini didalam sistem.
c. pihak kurier lambat memproses dan menghantar parcel kepada pelanggan.
d. pihak kurier gagal menghantar parcel kepada pelanggan.
e. pelanggan dikehendaki mengambil sendiri parcel di kaunter.

SOALAN :
Bolehkah saya membuat pemulangan produk atau penukaran saiz setelah menerima produk?

JAWAPAN :
Setelah proses pembelian lengkap dan produk diterima oleh pelanggan, produk tidak boleh dipulangkan atau ditukar. Untuk maklumat lebih terperinci, rujuk "Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik".

SOALAN :
Masih ada soalah tambahan?

JAWAPAN :
Boleh hubungi kami di inquiry@bajusedondon.com atau whatsapp di +6019-273 5350 untuk kami bantu menjawab segala pertanyaan anda. 

Terima Kasih.

Catat Ulasan

0 Ulasan